
15 April 2020
Sejak 8 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaru, seorang petugas pejabat Kementerian Kesihatan berkongsi kisah di laman Facebook selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa yang membayar denda anaknya pagi tadi.
Menurut Siti Rohaiza, bayaran itu dilakukan dengan sejumlah helaian duit kertas RM1 dan syiling sehingga menimbulkan persoalan beliau untuk bertanya kepada bapa tersebut. Rupa-rupanya…

“Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Jenuh Iza nak mengira. Bila ditanya jawapannya “korek tabung”. Sentap hati ni dengar,” katanya.
Terkesan dengan kejadian berkenaan, beliau berpesan serta menasihati golongan yang masih belum tiada pendapatan agar duduk di rumah dan tidak perlu menghabiskan wang ibu bapa untuk membayar denda PKP.

“Janganlah mengada2 nak lepak2 dengan kawan2 bagai. Jangan mengada2 konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah kau susahkan mak bapa. Korang ingat senang nak cari duit,” ujarnya.

Posting berkenaan mendapat 472 perkongsian dan 582 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen yang kecewa dengan sikap degil remaja tersebut menyebabkan orang tuanya terpaksa mengeluarkan simpanan demi membayar denda akibat perbuatan itu.
Sumber : Siti Rohaiza

Dlm soal my din ni , kenapa nak sibuk hal penjawat awam . Gaji rm10k ke atas ok lh . RM3k , nampak tidak sesuai.
LikeLiked by 1 person
Betul sy sokong. Gaji rm3k bukan bnyk sbnarny.
LikeLike